Sunday, May 14, 2017

Free Sample ?

Assalamualikum and Hi. So harini aku nak update pasal free sample. Free sample tu apa? Basically, free sample ni macam latest product yang sesetengah company hasilkan, lepas tu company company ni bagi secara free so semua customer diorang boleh try. Then, kalau berminat atau produk tu sesuai dengan korang so boleh la beli. Selalunya free sample ni boleh request secara online dan yang paling penting free. Siapa je yang tak suka barang free kan? heh heh heh.

Haritu, aku dapat free sample hair shampoo and conditioner from Dove. Aku pun lupa bila masa aku request free sample ni . Packaging dia comel sangat. Selalunya, kalau free sample dia akan bagi shampoo atau hair conditioner ni just dalam packet kecil. Tapi yang ni, dia bagi dua ketul botol shampoo tapi of course size yang kecik ler jugak. (masih comel) hokay. Seronok tau, tiap pagi tunggu posmen hantar barang sample. Perasaan dia macam tengah tunggu orang post hadiah dekat kita padahal tengah tunggu free sample yang kita request sendiri.
Jadi, aku nak share link website untuk korang request free sample juga huehuehue. 

Sharing is? Caring~



Have a nice day.
Until then, bye

Wednesday, April 19, 2017

Oh muka

Assalamualaikum u gaishhhh. so macam aku cakap dekat entry sebelum ni. Aku akan cuba update blog setiap hari without fail. Oh tidak lupa, dengan hensemnye. hehehehe. So for this entry, aku nak cakap pasal jerawat.  Tidaklah teruk sangat, tapi cukuplah untuk memalukan aku. Hahahaha. Dah tak tantekk tau ada jerawat ni

Everything started bila aku guna satu produk ni masa aku part 3. Sebelum tu memang jerawat kat muka aku dah wujud. Tapi dia wujud manja manja je. Kalau time exam, stress kan. So, dia muncul lah. Tapi lepas je aku guna satu produk ni, jerawat aku bawa geng. Tumbuh ramai ramai kat atas muka aku ni. Produk tu memang la untuk dapatkan kulit muka putih, berseri and flawless. Putih tu aku dapat, berseri ? i'm not sure. Tapi yang flawless tu ? Sedih betul. Anyway aku tak akan mention nama produk tu, maybe bukan salah produk tu pun. Maybe muka aku sendiri yang tak boleh nak tahan dengan bahan bahan dalam produk tu sendiri. Positif ye positif. Aku guna produk tu sekejap je. Dalam sebulan lebih je. Bila aku stop, jerawat yang kecil dan comel pulak banyak tumbuh atas muka ni. Aku time ni sangatlah fedap. Setiap pagi aku bangun, terus aku tengok cermin. "Yay, ada kawan baru". refer kepada jerawat ye rakan rakan. 

So, disebabkan aku sibuk, dah takde masa nak layan pasal jerawat jerawat ni semua. Aku rasa dah takde harapan nak dapat kulit muka flawless macam baby. Datanglah mak aku, menyelamatkan anak dia ni.. Mak aku suruh guna satu produk ni. Cetaphill. Serious, Cetaphill ni lembut sangat. Masuk mata pun tak pedih. Cuci muka guna Cetaphill macam kau sapu minyak je atas muka kau, tapi masih rasa bersih je muka lepas basuh. Jerawat aku tak dah lah membiak dengan hebat atas muka aku ni. Guna lah Cetaphill ye . Hehehehe. Cuma sekarang ni, ada je tumbuh jerawat kat pipi, dahi tapi tak banyakkk . Even guna Cetaphill pun still tak flawless. Takpelaa nakkk .Sebab hormon kot? Tak tahu lah . Akuu hanya mampu bertabah hahahahahaha
Until then, bye
aku nak jugak selit muka aku kat entry ni. HAHAHAHA 

Tuesday, April 18, 2017

Rumah Manis Rumah

Assalamualaikum, Hi Hiiii . Ya Allah, lamanya sis tak update. Bersawang dah blog ni. Okay pengunaan term "bersawang" menunjukkan yang aku dah lama tak update benda alah ni . Sebab haritu aku ada terbaca dekat twitter, ada makhluk Allah ni dia bising macam ni "Apehal lama tak update Twitter tapi tweet :  Alahai lama tak tweet, dah bersawang twitter" Bro, Biaq pi diaaa laaaa.Tu dia nak cakap yang dia dah lama tak update twitter, tapi bukan bersawang betul betul pun. Haish, manusia..Tu pun boleh complain 



Yay cuti sem. Aku dah ada kat rumah. Rumah Manis Rumah (Home Sweet Home) Okay ada yang lagi best cuti sem 5 BOLANNNN ! Okay tu tak best sebenarnya . Lama ngatt. Serious, mereput la i duduk rumah. And.. serious, cepat sangat masa berlalu. Sem depan dah part 5. Lepastu grad.. InsyaAllah. Aku terbaca la entry aku yang lepas, hahaha masyAllah, kuat betul sembang. Konon la nak update blog ni selalu. Tapi yelah, manusia hanya mampu merancang. Tak tipu sem ni aku sibuk sangat. Kadang-kadang aku jeles dengan blogger lain yang boleh update blog diorang setiap hari without fail . Hah gitu.. Cuti kali ni, aku cuba update dengan hensemnye setiap hari, without fail. hehehehe 

Alhamdulillah, sem 4 dah habis. Sekarang aku tengah tunggu result. Macam biasa, soalan final setiap sem agak mencabar. Bukan agak ye rakan-rakan, tapi memang. Apa-apa pun dah lepas, tawakkal itu penting. Relax. Sepanjang sem 4 ni, hidup aku sangat lah tidak aktif. Selalunya, kat UiTM aku sewa basikal, ronda-ronda dekat kampung luar. Tapi sem ni, aku tak sure kenapa pihak kolej boleh pulak stop kan sekejap aktiviti menyewa basikal ni. Sis is sedih waktu tu, rasa nak carut je. Tapi tak carut lagi. Rasa je. Maybe, sebab banyak sangat student bawak basikal then accident. Bukan accident yang tengah bawak basikal, then ada kereta langgar dari belakang. Tengah sedap sedap kayuh, lepastu terjatuh sendiri. Ada yang sampai patah tangan ya rakan-rakan. Dari sem lepas lagi aku nak pergi jeram kat kampung luar UiTM ni, tapi tulaaa. Kalau takde basikal, macam mana nak pergi. Sedih sedih.

 Haritu aku naik teksi sorang pakcik ni dari pekan Pilah, nak balik kolej. Well, baru lepas berjimbaaa. Takdela. Tengok tengok ada la wife pakcik tu kat dalam kereta. Macam kenal, sebab haritu aku beraya ke rumah dia waktu part 1 dengan housemate . Memandangkan pakcik tu memang duduk kat area kampung luar UiTM .. so aku tanya lah pasal jeram tu, best ke idok, ada apa je kat situ, dalam hutan sangat ke, ada mall ke kat situ. Okay ni tipu. Then,  Makcik tu cakap " Seronok dik pergi jeram kat situ, tapi kalau boleh ajakla kawan lelaki pergi sekali, jangan perempuan je. Kat situ banyak ULAR dik, ULAR dia besar besar dik " Almost macam tu lah dia cakap.  Lepas je aku dengar makcik cakap macam tu, u know.. betapa remuknya hati aku. Aku fobia la dengan haiwan berbisa tu. Ya Allah, geli diaaaaaa. Aku boleh nangis histeria. Tapi nampak la makcik tu macam tak bagi je aku pergi jeram tu, sebab bahaya kot? Tapi itu tidak mematahkan semangat aku . Aku still nak pergi je, insyaAllah, sem depan mungkin? hehehehe. 

Anyway, sebenarnya banyak lagi aku nak update. Yada Yada Yada, tapi aku ngantuk. Bila ngantuk, kita kena tidur. Okay? 

Until then, Bye fellas 












Friday, October 28, 2016

WHY?

I wish that i could be like a cool kids
When all kids they seems to fit in

Aku ada juga terfikir yang aku ni memang tak reti nak buat kawan dengan orang sekeliling ke apa kan? Actually aku jealous, kalau aku nampak jenis manusia yang senang gila nak buat kawan dengan manusia sekeliling dia. Padahal aku tak reti lansung nak bergaul? Apakah ? Faham tak dia macam ada perasaan awkward bila aku nak start bergaul dengan manusia yang aku tak kenal atau yang aku tak rapat. Selalunya, aku akan berdoa biar orang tu yang start tegur aku dulu. Once dia dah tegur aku, hmmm... insyaAllah hilang sikit rasa awkward aku kot.

Aku dulu sebelum masuk universiti, aku selalu terfikir macam mana aku nak survive dengan perangai aku macam ni . So sehari sebelum daftar universiti, sambil aku golek-golek atas katil. Aku terfikir macam mana aku nak buat kawan kalau perangai aku macam gini rupa ? Mesti manusia-manusia yang jumpa aku akan cakap
                                             " Bosan la budak ni, senyap sangat "

Kot? Sebab tu apa yang aku rasa. So haritu aku berazam nak buang rasa awkward tu bila jumpa kawan baru.


Bila je aku orientasi seminggu tu , hari first aku dah berusaha dah nak buat kawan baru . Tapi at last , aku bersendirian sebab aku fedapppp. Semua kawan baru yang aku jumpa semua bukan macam otak masuk air macam aku . Hahahaha. So, haritu aku sorang-sorang je selepas fedap dengan semua ni . Cehh. Sampailah ada satu masa ni , waktu tazkirah solat subuh . Aku jumpa manusia yang  aku rasa boleh buat kawan . Aku tak sure siapa yang tegur siapa dulu . Aku kot . Hahahaha. Sebab aku tengok dia ni macam best je buat kawan . Tengok tengok memang BEST pun T__T  Sebab selalunya kalau aku start peramah dengan seseorang, aku nak dia pun balas balik dengan sikap yang peramah . Setakat aku orientasi haritu, takde lagi yang buat macam tu . Tu yang iterww shedih tuu

BTW ,

Nama dia manusia tu Nik Elfika . Dia suka orang panggil dia Elfika . Tapi aku panggil je dia Nik . Hehehehe. Waktu minggu orientasi tu aku selalu dengan dia jela. Breakfast dengan dia , solat subuh dengan dia . Tapi bukan la selalu sangat . Sebab course kami lain-lain belaka . Jadi tak boleh nak dating sama-sama selalu . Dulu masa-mula aku kenal dengan dia . Hahahaha . aku cakap mcm ni kat dia " SAYA SUKA LA KAWAN DENGAN AWAK NI HOHOHOHOHOKK " Hahahaha , aku rasa aku excited sangat kot waktu tu bila jumpa dia. Sebenarnya ada hikmah kitorang rapat waktu orientasi tau . Kitorang housemate sebenarnya . Ish ish macam-macam .


Yeay , itu Nik ( pakai spec tu )

Nik, kalau kau baca entry ni.. Sebenarnya aku nak letak sekali gambar kau tengah tidur. Tapi aku dah terdelete . Dalam gambar tu kau sangat COMELLLL. Huehuehueheue . Thank You jadi kawan yang sama-sama otak masuk air macam aku . Muah ciked :*

So waktu orientasi , hidup aku sangat bahagia lepas aku dah dapat sorang kawan . he he he he 


So far, lepas aku dah jumpa kawan-kawan baru ni . Aku tak awkward sangat dah kot. Alhamdullilah la . But ada gak kadang-kadang tu aku mcm takde idea nak cakap apa , then benda tu pun boleh mendatangkan rasa awkward tu T__T . Biaq pii laa rasa awkward ni . Hahahahaha . Aku dah tak kisah.. 


Until then, Bye 













Tuesday, October 25, 2016

DONE

Assalamualaikum. Fuh, I'm back . Aku dah lama tak update apa-apa entry dalam blog ni sebenarnya. So, harini aku terdetik nak search blogspot.com, sign-in, check comment, then buat entry baru iaitu ini. Memandangkan sekarang tengah cuti sem. Apa ? Cuti sem ? Seronok kan ? At least aku ada masa nak update entry baru, godek-godek blog bloggers lain. So sekarang aku kat Raub. Home sweet home. Aku sampai pukul 2 pagi tadi . OKAY penat . Sepatutnya dari Kuala Pilah nak ke Raub lbih kurang 4 jam, tapi kakak aku pulak suruh ambil dia kat airport. Nak nangis boleh? Penat tau . Apa-apa pun, weolls dah sampai Raub dah pun. Alhamdullilah .


Semester 3 adalah semester yang agak memenatkan. Actually semester yang lepas pun penat jugak . Soalan final baru-baru ni pun agak mencabar. So i'm just hoping for the best. Tawakkal okay . Tawakkal itu penting . Okay aku nak sedapkan hati aku. Semester 3, makin banyak code yg related dengan course aku which is microbiology. Semester ni juga, aku banyak kenal-kenal , berkawan dengan banyak jenis bacteria-bacteria yang baru. Hahahaha, jenis-jenis bacteria ni lah yang aku rasa macam nak menangis bila time menghafal. Tapi alhamdullilah, dah lepas dah pun semua benda-benda tu. Okay tawakkal okay. Tengok , aku sedapkan hati aku lagi. Aku banyak buat benda baru ? contohnya .. Awal-awal sem dulu, aku macam tak aktif sangat. Petang-petang pun duduk dalam bilik je, study ? kot. Oh ! sebab kebanyakan lab aku habis petang . So terus balik bilik . Takde masa.

                                                                         TAK !

Sebenarnya, ada je masa even sibuk mana pun kau. Kawan aku tiap petang turun main basketball lepas habis class, lab . Tengok ? Itu la gaya hidup aktif . Okay aku tengah menyedarkan diri aku sendiri. Oh ye, tapi akhir-akhir sem ni aku macam aktif sikit . Sikit je . Haahahaha. Aku sewa basikal dengan roommate aku , then kitorang merayau satu  kampung luar UiTM which is sangat MENYERONOKKAN! Then aku ketagih, setiap petang aku nak main basikal . Sampai roommate aku malas nak layan . Shian kan ? So far, aku cuma sampai hujung kampung Beting je. Actually, dari sem 1 lagi aku nak pergi jalan-jalan sampai hujung kampung. Tapi, yelah agak jauh. Banyak kambing pulak tu . Sekali kena culik dengan kambing-kambing tu ? Nak? Hahahaha


Muka aku yang excited 


Nak tahu perkara yang lebih menyeronokkan ? aku baru tahu dekat hujung kampung tu ada jeram. Berdekatan dengan kampung orang asli. Lagi la aku berkobar-kobar nak berbasikal sampai sana. Takpe sem depan aku kena cari geng nak naik situ . Oh excited ! Hahahaha. Semester ni jugak aku pergi short-trip ke Port Dickson . Yang pasal ni aku update dekat entry lain maybe. InsyaAllah.


See, cepat je masa berlalu. Semester 3 pun dah habis. isk isk .

until then, bye












Friday, April 22, 2016

DolSot Bibimbap , DubuYo

Assalamualaikum , sihatkah kamu-kamu? Kalau sihat bagus-bagus.Aku lupa yang aku tak review lagi lepas aku makan dolsot bibimpap haritu dekat Dubuyo , Seremban Prima. Nak pergi makan hari tu tidak diranncang ya. Habis je paper terus pergi . Bagus betul kami. Kitorang ingat haritu nak pergi Seoul Garden di Palm Mall , Seremban , tapi macam tak berbaloi , sebab sampai Seremban haritu dah pukul 6.30 pm. Nak makan sampai lebam dekat Seoul Garden pun macam tak cukup masa je. Hehehe, so kami dengan riangnya pergi ke Seremban Prima . Sampai situ maghrib .  Maghrib2 tu juga kami melantak makan dekat DubuYo . Anak sapa la tuh . First impression aku dekat DubuYo ni , lawaaa. Replika makanan-makanan yg display dekat luar kedai pun sangat menyelerakan. Bagus la , memudahkan customer yang baru first time nak cuba makanan Korea buat pilihan. Mostly ramai customer Chinese waktu kitorang masuk tu . Okay aku tak ambil gambar replika kat luar kedai tu. Lupa --' Jadi aku letak gambar yang aku pinjam dari google . 


Comel kan replika tu .
So kami waktu tu masuk dengan bangganya , nak makan makanan korea kan uolls. Aku haritu makan Dolsot bibimbap . Yang dihidangkan bersama claypot . Sedap :) Happy gila aku waktu tu , dapat makanan sedap . Satu je boleh gembirakan aku , makanan yang sedap jeng-jeng . Lagi best kalau kita makan waktu dia panas-panas. 

DolSot Bibibmbap yang sedap . Gaul dan makan .Yeahhhhh .



Itadakimasssss










Nama air dia roasted barley kalau tak silap. Sedap bila minum lepas makan. Kalau tak agak hambar. Jujur k jujur. Overall sedap sangattt untuk DolSot Bibimbap la. Oh , kimchi dia pun sedappppp . Aku selalu beli kimchi dalam packet-packet tu . Rasa tak sesedap kimchi dekat DuBuyo . Side dishes dia pun sedap dan bibimbap dia pun banyak , so korang boleh la makan sampai lebam . DubuYo bukan ada DolSot Bibimbap je :) Banyak lagiii . Boleh klik ni DubuYo
Okay , chiaow. Assalamualaikum. 







Thursday, April 21, 2016

Alhamdullilah

Assalamualaikum guysss, sihatkah kamu-kamu?Harap u guys semua terlebih sihat macam aku tau.Haha. Takde la. Lawak hambar. Alhamdullilah final exam untuk semester 2 dah habis, 17/4 haritu. Budak part2 yang habis paling lewat untuk final semester ni.Sedih bak anggg. Haha. Sokay , mesti ada hikmah ya. Lama juga kitorang semua lepak kat U sebelum balik bercuti. Dah habis dah pun final. Tawakal itu penting lepas berusaha. Macam aku cakap sebelum ni, InsyaAllah cuti ni aku cuba untuk update blog . Sebelum ni pun aku ada cakap macam tu juga. Tapi biasa la, sibuk, jadi nampak sangat disitu macam hangat-hangat tahi ayam . Sayang la pulak kat blog ni kalau tetiba aku nak lupuskan beliau kan. Dramatis betul ayat aku. Dari form2 aku bela blog ni smpai aku sekarang dah masuk U. Hidup lagi blog ni , cuma sangat jarang diupdate. :Nanti saya update awak selalu ya blog ;)

Habis cerita tu , So dalam waktu cuti yang baru start beberapa hari ni ,  boleh tahan juga la aku mereput kat rumah. Cuti ni aku ingat nak buat part time. Tapi , mak aku cakap tak payah susahkan diri. Aku pun okay jela. Patuh ok patuh. Jadi cuti kali ni , aku lepak dengan comot dengan oyen jela. Sambil tengok anime.Aku tak suka anime sebenarnya. Bosan kot layan anime. Habislah , aku dibenci dengan peminat-peminat anime sedunia. Tapi , aku suka gila kat satu anime ni , Shijoku Shoujo kalau tak silap tajuk dia. Aku ambil anime ni dari sorang housemate aku kat K.Pilah. Thank You Intan :) hehe.

Aku rasa tu je aku nak update untuk entry kali ni , InsyaAllah ada masa aku update lagi. Jaga kesihatan ye. Sekarang El-Nino. Minum air masak banyak-banyak. Pesanan ikhlas dari aku. Chiaow. Assalamualaikum

Saturday, February 13, 2016

Kegilaan

Hi guys , esok aku dah kena balik pilah . Jadi macam biasa sebelum balik , kasi update satu entry la. Banyak benda yang nak kena settle , speaking test lagi , test beratur . Okay, relax.Everything will be fine ya. Okay anyway , petang tadi waktu kemas baju , almari , aku terjumpa kotak yang ada lipstick. I mean lipsticksss . Banyak la juga. Aku tak tahu bila masa aku kumpul benda ni . So anyway , ni semua sebab nafsu nak beli sebab warna lawa . Tapi warna dia tak sesuai pun dekat aku . Aku tak tahu . Daripada kecil aku suka kumpul lipstick . Tapi sangat jarang nak pakai . Aku suka kumpul . Kumpul . Sampai expired . Lepas tu sayang nak buanggg . sob sob sob . Sedih kot . 


Uuuu, banyaknya lipstick  warna lawa-lawa 


Okay nak beli satuuuuuuuuuuuuuu . 


Dah beli satuuuuuuuuuu



Ala , tapi warna dia tak sesuai , Takpe , simpan dulu k lipstick ni.

Selepas 2 tahun :


Eh , ada apa dalam kotakk iniiii ?  


Ahaks , ada lipstick laaaaaaaa.


Tapi dah expired .NICE 




OKAY . mcm tu la kisah aku .Ingat !. Beli bila perlu .Jangan ikut nafsu ye guys . Nanti tak terguna semua . Dan2 pulak makeup kan . Sangat cepat expired .

Okay, Assalamualaikum:) 









Sunday, February 7, 2016

Hidup aku .. kucing ?

Hi . Kalau korang perasan , aku ada selit button badge ni dekat sidebar . So dengan hati yang penuh berkobar-kobar. Acececeh , hopefully korang click la button badge tu . Actually dia linked dengan website pet finder di Malaysia . Mana tahu terdetik ke nak adopt kucing-kucing comel kat sana . Actually , banyak kucing-kucing comel kat sana . Mana tahu terpikat kannn.  For those yang tak pernah bela kucing , bela la kucing walau sekali seumur hidup." Mak tak bagi" , "Ayah tak bagi" , "family I takut kucing" , "I ni takboleh pegang kucing nanti gatal-gatal ". Spend you time with cats can reduce your life pressure . Aku dulu pun bukan suka kucing sangat . Tengok kucing kat kantin sekolah , gedik je jerit manja-manja takut kucing . Hahaha . Dulu okay .  Insaf aku sekarang . 

So macam mana boleh hilang rasa takut dekat kucing ni ? Satu hari ni , ada anak kucing miau-miau dekat dengan rumah kitorang, Ummi aku pun dengan penuh rasa kasih sayang , cari kucing tu yang miau-miau tu. Tapi tak ketemu . The next day , anak kucing tu sendiri yang datang dekat rumah . So start dari haritu , kitorang memang bela kucing tu . Tidur dalam rumah okay . Daripada adik beradik ada 3 terus jadi 4 . Jadi la anak bongsu Ummi aku . Ummi aku memang suka kucing . Tapi lepas kucing favorite dia kena langgar dulu . Terus dia takde mood nak bela kucing . Tapi dia bela balik . Hahaha . Nama kucing tu kecik . Tapi sekarang dia dah takde . Kena langgar kot . Missing in action .

But anyway ,  daripada 1 kucing terus makin bertambah jadi 15 kucing . Lepas adopt  Kecik makin banyak pulak  yang kami ter'adopt. Hahaha . Rezeki .


Ni kucing kat UiTM. Terjumpa waktu study group

Say Hi to Oyen .



Okay . Aku kena study phy chem sekarang .  Conclusion , jangan lupa click button badge dekat sidebar :) 





Monday, November 23, 2015

Kacau - bilau

Beting. Ahad ni dah kena ada dekat Beting . Class dah nak start. Malasnya . Kena menghadap komander bagai tu lagi la aku malas. Kekadang aku perasan , diorang ni baik . Kekadang bad mood dia tahap fuhhh. Memang angin satu badan. Anyway , nak buat macam mana . Mana boleh kutuk-kutuk tempat tuntut ilmu . Oh! aku tak update pun kat sini yang sekarang aku study kat UITM cawangan Beting , N9 .Malas betul nak update kadang-kadang . Dulu sbb takde laptop lagi , ada la alasan kan . Nak tutup blog ni .. Tapi sayang , blog ni dah lama membiak . Kalau tutup , rindu pulak nak update kan . Jadi, Tak payah tutup lah. Aku update je blog ni sampai putus nyawa. Sebab sayang kan .


Balik semula ke topik Beting tadi ,  Aku malas. Faham tak maksud malas tu macam mana ? Perasaan malas tu sendiri yang memaksa kita utk baring je dalam bilik. Sepanjang hari . Duduk dalam selimut. Sambil pasang air-cond kuat-kuat. Nikmat-nikmat. Tapi , mak aku cakap kalau duduk camtu jadi orang takpe , ni takut tak jadi orang . Opssss . Lupa nak tanya dia , takut jadi apa kan :] Seram gak gitu.

So cuti ni apa aku buat ? Tak tahuuuuuu. Jangan tanya benda seram tu . Aku , lepak kat rumah je . Macam remaja-remaja yang lain . Baru perasan , cuti ni sekali je aku drive lepak ngan member. Sebenarnye , bukan malas nak bawak kereta . Tapi .. Rasa trauma accident hritu ada lagi . Siot betul , Sampai sekarang kot rasa . Haritu pun mak aku banyak kali . Banyak Kaliii. Bagi warning mcm ni 

KO BAWAK KERETA ELOK-ELOK NINA , JANGAN CALAR SIKIT PUN KERETA TU . DENGAR TU !

Siape tak seram ? Mak aku ni cuba move on . Cerita lama kot . Kalo Abah aku 

NA , KO DRIVE JE MCM MANA PUN, BILA LAGI NAK BAWAK KAN ?

Abah aku yang win :)

At last, aku bawak jugak kereta ituu. Dengan jayanyaaa. tanpa melanggar siapa-siapaaa. 
Dah ler , 

Jadi, wish me luck untuk sem baru . 

SEM BARU ! WAJAH BARU ! NAFAS BARU ! 
Assalamualaikum