Wednesday, April 1, 2015

UKCG : Hari yang memenatkan

Assalamualaikum readers. So harini dengan hati yang terbuka dan masih lagi dalam keadaan penat.I'm still gagahkan diri nak menghapdate blogger tercinta ni. Harini aku nak cerita pasal amende UKCG tu ? ok2 jangan risau , aku pun tak tahu gak sebenarnya dulu . UKCG ni singkatan bagi ujian kelayakan calon guru. pft calon guru tu. Actually jujur aku cakap aku pergi UKCG bukan ats kerelaan hati. Apply IPG ni pun sebab aku main je isi je. Cikgu sangat menyimpang dengan cita-cita aku.Parents aku cakap  suruh try je. Tak salah kalau cuba. So aku dengan semangat tak nak jadi cikgu pergi ke Institut Pengajian Guru Tengku Ampuan Afzan , Lipis. 1 April 2015 . Kawan-kawan yang lain semua excited nak jadi cikgu. Tapi apsal aku takde perasaan. Jadi betullah orang cakap , kalau nak buat sesuatu kena ada minat, Malangnya this is not my passion. 

Entry ni cuma nak beri panduan kepada calon UKCG yang akan datang. Diharap membantu, 
Sambung , pagi tu ujian bertulis aku ( rasanya semua sama ) dalam pukul 8.00 pagi. Dalam surat panggilan tu dia ada cakap datang 30 minit awal. Sebab nak check nama dan tandatangan. Daftar. Ada jugak yang datang lewat sikit.Dalam pukul 7.45 am gitu . Boleh je. Takdelah dia nak menjerit marah kat kita kan. Tapi kalau datang awal tu senang , dapat daftar cepat. Ok lepas daftar . Yg bertugas kat situ suruh lah kita berkumpul dan dengar beberapa taklimat tentang ujian bertulis. Contoh nya mcm apa yang kena bawa masuk ke dalam dewan , apa yang patut ditinggalkan.  Then masuklah dewan dan jawab dengan jayanya :z 

Soalan Ujian Bertulis macam mana ? 
Jangan risau , soalan dia macam jawab kertas sivik, mudah dan banyak . Sangat banyak. 135 soalan+60 soalan in 45 minutes. Pastikan anda cepat . 

Selepas keluar daripada dewan , kitorang ramai2  diarahkan pula ke Dewan lain untuk UKF . Ujian Kelayakan Fizikal. Mula2  macam biasa dia bagi taklimat . Tayangan video cara nak lakukan senaman. Then dia akan bagi kita sehelai kertas yang dah diprint kotak2 untuk tulis markah . Ada dalam 5 ujian yang kena buat . BMI , Bangkit Tubi Bervariasi , Kilas sisi , Lompat Kuadran , Ujian Bleep. 

Apa tu BMI ? 
ok2 . Waktu BMI ni manusia2 yang terlibat kat situ akan ukur tinggi dan ukur berat badan calon UKCG. Lepastu dia akan suruh kita pergi ke kaunter untuk kira BMI. Kat situlah kita boleh tahu kalau kita ni tak normal , berat badan ideal , obesity tahap 1 dan seterusnya . Yang ni aku dapat berat badan ideal . ohohoho. 

Apa tu Bangkit Tubi Bervariasi ?
Next, yang ni pula mungkin manusia2 kat situ nak test ketegangan urat kita mungkin. Terdapat 5 tahap. Bagi aku , tahap 1,2,3 agak senang . Tahap 4 & 5 sahaja yang agak sukar . Bagi aku yang kurang lentur ni. Tahap 1- baring macam nak bangkit tubi, angkat badan ke hadapan sikit dan sentuh lutut. Tahap 2- baring macam nak bangkit tubi , angkat badan ke hadapan  , luruskan tangan ke hadapan , pastikan lutut terkena siku. Tahap 3 - baring macam nak bangkit tubi , tangan kita mcm keadaan waktu solat cuma tangan pegang siku yang berlawanan . Vice Versa . Dan bangun. Tahap 4 - baring macam nak bangkit tubi , tangan tadi tu jangan ubah , letak kat belakang kepala dan bangun. Tahap 5- Baring mcm nak bangkit tubi , silangkan tangan kat belakang badan dan bangun. Aku cuma mampu buat sampai level 3 jer. Sebab practice kat rumah sampai level 3 je. 

Apa tu Kilas Sisi ? 
Kilas sisi ni bayangkan korang berdiri tegak , bongkokkan badan sikit sentuh lantai , bangun , sentuh dinding belakang yang dah dilekat dengan manila card  dari arah kanan, bongkokkan badan semula , sentuh lantai , bangun , sentuh manila card yang sama dari arah kiri pula . Buat laju2. Lupa dia bagi berapa minit. Ni aku dapat buat dalam 36 kali .

Apa tu Lompat Kuadran ?
Maaf lukisan buruk , korang kena lompat laju-laju ikut turutan nombor. Dia bagi dua kali percubaan . So , dia akan ambil mark korang yang paling tinggi lah.Aku lupa dah aku dapat berapa . 

Apa tu Bleep Test ?
Bleep test ni agak susah , bagi aku lah. sebab kena lari-lari.Aku tak sampai level 3 pun . sipi2 je. 

Bleep test ni ada level2 dia. Semakin tinggi level , semakin kurang masa yang diberikan untuk korang lari untuk sampai ke line dia. Bila bunyi beep , tapi korang tak sampai ker line dia boleh lagi , korang akan diberi kad kuning . Hanya 2 kali . Kalau diorang dah tunjuk kad merah tu . Kita kena stop. Nanti akan diterangkan semula dekat calon2 ukcg.


So habis test, terus boleh balik :D ok, Aku rasa sampai situ je aku mampu kongsi pengalaman aku dengan korang . Good Luck :) For Those yang sangat2 berminat nak jadi cikgu , yang pasti bukan aku . Good Luck . Selamat mendidik anak bangsa . Maaf jika entry ni tidak betul atau something like that. Sila ditegur di dalam ruangan komen di bawah. 

nota : bermohon kepada Allah tidak rugi Athilah .





No comments: